Stress Dan Sukan. Mana Satu Pilihan Anda?

Seseorang bila stress biasanya akan kelihatan murung, akal fikiran tidak stabil dan badan menjadi lesu.
Tekanan demi tekanan pada kehidupan seharian adalah perkara biasa bagi seseorang. Yang menjadi
perbezaannya ialah bagaimana seseorang itu mengawal dan mengatasinya.


Bila stress, seseorang itu akan duduk menyendiri dan menjadi pasif. Sebenarnya, cara Inilah yang akan
memburukkan keadaan. Saya pernah menghadapi masalah ini dan saya dapat atasi segala stress ini
dengan bersenam. Bersenam atau aktiviti fizikal ini mampu meningkatkan kadar oksigen dalam badan
kita disamping meningkatkan aliran darah. Senaman juga dapat meningkatkan penghasilan endorphin
otak anda. Hormon ini akan membuatkan anda lebih tenang dan mengurangkan stress anda.


Senaman juga mampu menghilangkan rasa gelisah anda. Gerakan demi gerakan yang dilakukan semasa
proses bersenam itu akan membuatkan anda lupa seketika tentang kegelisahan anda kerana senaman
membuatkan anda lebih fokus pada anggota badan daripada minda. Segala kegelisahan tersebut akan
berkurang kerana senaman membuatkan anda lebih bertenaga dan optimis.

Jika berjogging, set target dari segi jarak mahupun masa. Fokus pada senaman tanpa memikirkan apa yang berlaku sebelum ini. Saya dapat rasakan perubahan selepas kerap melakukan aktiviti senaman ini. Saya lebih tenang dan perasaan gelisah itu berkurang dengan drastik selepas bersenam. Kalau stress, duduk tanpa melakukan apa apa akan membuatkan fikiran anda bertambah berkecamuk. Adalah lebih baik untuk mengisi masa dengan melakukan aktiviti fizikal dan mengeluarkan peluh.


Selain mengurangkan stress, senaman juga dapat menyihatkan tubuh badan anda. Kesihatan tubuh
badan anda jugak akan mempengaruhi fikiran. Tidur anda juga akan menjadi lebih nyenyak dan selesa
selepas bersenam kerana senaman mampu melancarkan darah anda ke seluruh badan. Rasa sakit sakit
badan pun akan hilang jika rajin bersenam.


Jika tidak mampu melakukan aktiviti fizikal yang berat, lakukan sahaja senaman yang ringan. Berjogging
adalah satu cara yang paling mudah dan sesuai untuk semua. Mulakan dengan jarak yang dekat terlebih
dahulu. Set target berapa jauh yang kita hendak capai. Dari situ, kita jelas akan hala tuju semasa senaman itu.

Jom bersenam!

kredit istimewa: Aidi Ezzhar Roslan 

Ikhlas,
– CikguThalhah –

==================
Salah satu cara untuk mendidik sahsiah anak-anak adalah melalui sukan.
===================
Akademi Memanah Thalhah merupakan salah satu akademi memanah yang objektifnya menerapkan nilai-nilai khalifah didalam diri pelajarnya. Sesuai untuk anak-anak berusia 4 tahun sehingga ke 17 tahun, Akademi Memanah Thalhah menyediakan platform pembelajaran luar sekolah yang bersifat pembentukan diri dan sahsiah.

9 cawangan studio memanah seluruh Malaysia:

1. Bandar Puteri Bangi, Selangor.
2. Alam Evenue, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor.
3. Kangar, Perlis
4. Mergong, Kedah
5. Sungai Petani, Kedah 

6. Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
7. Ampang, Kuala Lumpur
8. Ipoh, Perak.
9. Jitra, Kedah

Jom daftar untuk pengambilan segera!!

Jika mahu terus chat dengan Cikgu pun boleh, melalui Facebook Messenger. Klik sahaja LINK DIBAWAH SEGERA.
>>> 
chat dengan Cikgu Thalhah =)
>>> chat dengan Cikgu Thalhah =)

atau hubungi HOTLINE kami dibawah ini.
>> HOTLINE THALHAH.

← Previous Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
Scroll to Top