KENAPA MEMILIH AKADEMI MEMANAH THALHAH

Kami satu-satunya akademi memanah yang mempunyai program pembelajaran memanah untuk kanak-kanak berusia 4tahun sehinggalah 17 tahun yang menyeluruh, tersusun dan bersistematik.

Ianya merangkumi silibus dan modul pembelajaran mengikut tahap dan peringkat umur kanak-kanak. Di akademi, kami menawarkan 4 peringkat pembelajaran bermula dari peringkat BEGINNER sehinggalah ke peringkat PROFESSIONAL. 

Bukan sahaja menekankan aspek teknikal seperti latihan dan teknik memanah, pelajar kami juga diterapkan dengan pembentukan dan penerapan nilai-nilai murni. 

  • Meningkatkan tahap kesabaran hati.
  • Melatih meningkatkan daya fokus minda.
  • Melatih disiplin diri.
  • Meningkatkan tahap keberanian diri.
  • Melatih sikap bertanggungjawab.
  • Melatih mendengar arahan.
  • Dan banyak lagi..!!

Cawangan rasmi

Kami mempunyai 6 cawangan rasmi Thalhah Archery Studio seluruh Malaysia.

Masa

Masa dan jadual kelas yang fleksibel. Kami menawarkan 1 sesi selama 1 jam 30 minit dan kelas pula 2x sebulan.

Peralatan

Kami menyediakan peralatan memanah yang lengkap untuk sesi pembelajaran di kelas. Kami juga menjual set alatan memanah kepada pelanggan luar.

Kad Keahlian Rasmi

Setiap pelajar akan menerima kad keahlian rasmi Akademi Memanah Thalhah.

Modul

4 peringkat pembelajaran yang disusun khas mengikut tahap dan umur kanak-kanak.

Buku Laporan Prestasi

Bagi setiap modul yang dijalankan, pencapaian pelajar akan direkod didalam buku laporan prestasi.

JURULATIH

Jurulatih yang berpengalaman dalam mengajar memanah dan mempunyai sijil pendidikan awal kanak-kanak disediakan.

Sijil

Sijil graduasi akan diberikan kepada pelajar yang selesai menamatkan pembelajaran di akademi.

BEG SUKAN AKADEMI

Setiap pelajar yang mendaftar akan diberikan sebuah beg sukan rasmi Akademi Memanah Thalhah.

Pakej-Pakej Pembelajaran Memanah

INDOOR ARCHERY LEARNING CENTRE

Akademi Memanah Thalhah

Thalhah Jr

  • 4 Peringkat pembelajaran:
    Beginner - Intermediate - Advance - Pro
  • 2x kelas sebulan
  • Pendaftaran kelas: RM50
    Yuran Bulanan: RM60
    Insuran (setahun): RM20
  • Setiap pelajar akan mendapat Buku Laporan Prestasi
  • Setiap pelajar akan mendapat Sport Bag Limited Edition Thalhah.
  • Alatan memanah disediakan sepenuhnya.
  • Personal Trainer terlatih dan berpengalaman disediakan.
  • Sijil disediakan.
  • Sesi konsultasi bulanan ibu bapa, pelajar dan trainer.
  • 2 cawangan di Lembah Klang: Bangi dan Shah Alam

Thalhah Pro

  • Modul pembelajaran lebih intensif dari segi teknik dan skill.
  • Khas untuk pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan memanah.
  • Pendaftaran kelas: RM60
    Yuran Bulanan: RM70
    Insuran AIA (setahun): RM20
  • 2x kelas sebulan
  • Setiap pelajar akan mendapat Buku Laporan Prestasi
  • Setiap pelajar akan mendapat Sport Bag Limited Edition Thalhah
  • Alatan memanah disediakan sepenuhnya.
  • Trainer terlatih dan berpengalaman disediakan
  • Sesi konsultasi bulanan bersama ibu bapa, pelajar dan trainer.
  • Sijil disediakan.

Ladies Archery

PAKEJ A

  • 3 Teknik Asas Untuk Wanita.
  • Yuran bulanan: RM60
  • Trainer Wanita Berpengalaman Disediakan.
  • Peralatan Memanah Disediakan.
  • Kelas: Sabtu dan Ahad.
    Masa: 8.30 - 10.00 malam.
  • Sijil diberikan.

Ladies Archery

Pakej B

  • Silibus Memanah Yang Lebih Istimewa Untuk Wanita
  • Yuran (3 bulan): RM160
  • Trainer Wanita Berpengalaman Disediakan
  • Peralatan Memanah Disediakan.
  • Kelas: Sabtu dan Ahad
    Masa: 8.30 - 10.00 malam
  • Sijil diberikan.

TADIKA

Akademi Memanah Thalhah

Tadika

  • Khas kepada pengusaha Tadika
  • Lokasi : 
    Seluruh tadika kawasan Lembah Klang dan Utara Malaysia
  • 2x kelas sebulan.
  • Yuran pendaftaran: RM50
    Yuran Bulanan: RM35
    Insuran AIA (setahun): RM20
  • Setiap pelajar akan mendapat Buku Laporan Prestasi.
  • Setiap pelajar akan diberikan Sport Bag Thalhah limited edition.
  • Set alatan memanah disediakan.
  • Trainer professional disediakan oleh Akademi. Trainer akan hadir ke Tadika setiap kali sesi memanah.
  • Sijil kepada pelajar dan Tadika diberikan.

PROSHOP

Thalhah Proshop

  • Menjual Set Peralatan Memanah Khas Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa.
  • Menjual Merchandise Jenama Akademi Memanah Thalhah.
  • Setiap Pembelian Alatan Akan Diberikan Voucher Diskaun 5% Untuk Pembelian Seterusnya.
  • Group Support Whatsapp Disediakan Untuk Membantu Pembeli Menyelenggara Alatan Memanah. Disamping Berkongsi Skill Dan Teknik Memanah Dirumah.

TOURNAMENT

The Archer Warrior Tournament.

  • Pertandingan Memanah Tahunan Anjuran Akademi.
  • Dianjurkan 2x setahun.
  • 3 Kategori Memanah Dipertandingkan
    Peserta Bawah 6 Tahun,
    Peserta Bawah 12 Tahun,
    Peserta Bawah 18 Tahun.
  • Lokasi: Di seluruh kawasan Lembah Klang yang terpilih.

Program Cuti Sekolah

  • Akademi turut menganjur dan berkolaborasi bersama badan berorganisasi luar dalam menjayakan program-program cuti sekolah di seluruh kawasan Lembah Klang yang terpilih.

AMT DI MEDIA SOSIAL

Platform terkuat Akademi Memanah Thalhah. Stay up to date dengan kesemua aktiviti di fanpage Akademi Memanah Thalhah Hq.

Tempat feveret Akademi Memanah Thalhah! Quotes,story & peluang anda memenangi hadiah misteri Akademi Memanah Thalhah.

Akademi Memanah Thalhah TV, Vlog, dan rakaman video-video terkini sensasi dari Akademi Memanah Thalhah

Cara paling personal untuk berinteraksi 1-1 komunikasi dengan tim Akademi Memanah Thalhah

Share This
Scroll to Top