Sejarah Memanah Yang Anda Perlu Tahu

Pada zaman ini, memanah lebih dikenali sebagai salah satu aktiviti sukan yang perlu
melepaskan anak panah ke sasaran. Aktiviti memanah ini adalah sebuah sukan statik yang
memerlukan kekuatan atas badan seperti bahu dan lengan.


Tetapi tahukah anda bahawa aktiviti memanah ini telah wujud sejak 20,000 tahun yang lalu?
Antara bukti yang ditemukan oleh sekumpulan pengkaji ialah sebuah lukisan yang terdapat di
gua gua lama di Sepanyol. Lukisan tersebut telah dilukis pada 8000 tahun sebelum masihi.


Pada awal perkembangan memanah ini, aktiviti ini digunakan bagi orang dahulu kala untuk
tujuan berburu bagi mencari bahan makanan. Namun, perkembangan telah berlaku dimana
aktiviti ini digunakan bagi tujuan peperangan. Antara yang terawal menggunakan anak panah
bagi tujuan peperangan adalah Mesir Kuno, lebih kurang 3500 tahun masihi yang lalu.


Setiap empayar memiliki reka bentuk dan bahan yang berbeza untuk mencipta anak panah.
Untuk Mesir Kuno, mereka membuat anak panah dengan menggunakan batu dan tembaga.
Berbeza dengan orang tartar, mereka menggunakan kulit, tembaga serta batu untuk
penghasilan anak panah.


Bagi Alam Melayu pula, penggunaan panah juga disebut di dalam beberapa catatan sejarah
termasuk naskah Sulalatus Salatin.


Antara satu kisah yang digambarkan dalam hikayat ialah tentang seorang pemanah arab telah
memanah Cau Penden, anak raja siam sehingga mati kerana ketika itu Cau Penden ingin
menyerang Melaka. Panahan itu dilakukan ketika menghadap Sultan Muzzafar.


Kemahiran memanah masyarakat Melayu suatu ketika dahulu adalah sangat mahir menurut
Tun Sri Lanang. Antara yang sangat mahir menggunakan panah ketika dahulu ialah Hang Nadim, yang
digambarkan panahannya sebagai gerakan petir kerana begitu laju. Namun, panahan tersebut
digunakan untuk menggertak atau amaran sahaja, bukan digunakan bagi tujuan membunuh.


Seperti yang lain, masyarakat Melayu juga memiliki keistimewaan bagi mencipta anak panah
tersendiri. Saiz anak panah Alam Melayu dicipta dengan ukuran lebih besar dan ada sebuah
catatan menyebut anak panah Melayu lebih besar daripada milik orang Parsi. Yang uniknya,
orang Melayu meletakkan racun pada anak panah. Tidak kiralah anak panah tersebut diperbuat
daripada besi, kayu mahupun gigi haiwan.


Namun, penggunaan anak panah ini bagi tujuan peperangan semakin dilupakan selepas
wujudnya senjata api yang dilihat lebih efektif semasa perang.

ikhlas,
Cikgu Thalhah

*Kredit istimewa: Aidi Ezzhar Roslan

==================
Salah satu cara untuk mendidik sahsiah anak-anak adalah melalui sukan.
===================
Akademi Memanah Thalhah merupakan salah satu akademi memanah yang objektifnya menerapkan nilai-nilai khalifah didalam diri pelajarnya. Sesuai untuk anak-anak berusia 4 tahun sehingga ke 17 tahun, Akademi Memanah Thalhah menyediakan platform pembelajaran luar sekolah yang bersifat pembentukan diri dan sahsiah.

6 cawangan studio memanah seluruh Malaysia:

1. Bandar Puteri Bangi, Selangor.
2. Alam Evenue, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor.
3. Kangar, Perlis
4. Mergong, Kedah
5. Sungai Petani, Kedah 

6. Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
7. Ampang, Kuala Lumpur
8. Sungai Buloh, Selangor

Jom daftar untuk pengambilan 2019!!

Jika mahu terus chat dengan Cikgu pun boleh, melalui Facebook Messenger. Klik sahaja LINK DIBAWAH SEGERA.
>>> 
chat dengan Cikgu Thalhah =)
>>> chat dengan Cikgu Thalhah =)

atau hubungi HOTLINE kami dibawah ini.
>> HOTLINE THALHAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
Scroll to Top