Eye Fixation Dan Memanah. Apakah Perkaitannya.

Selain menguatkan anggota badan terutamanya di bahagian atas, memanah juga mampu meningkatkan
penglihatan anda. Hal ini kerana latihan memanah menggabungkan beberapa aktiviti yang memberi
faedah kepada mata. Cara menyasarkan anak panah itu akan membuatkan mata anda lebih fokus pada
sasaran.


Ada pegawai tentera juga mengatakan bahawa penglihatan pelatih mereka menjadi bertambah baik
dengan aktiviti memanah walaupun dengan cara melihat anak panah terbang ke sasarannya. Dengan
melihat anak panah yang dilepaskan ke sasaran, mata akan terlatih untuk melihat dan menjejak objek
yang bergerak. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada ketajaman mata seseorang. Kesan ini tidak
dapat dihasilkan daripada aktiviti menembak kerana kelajuan peluru hasil tembakan terlalu laju dan
tidak dapat dilihat.


Antara latihan lain dalam memanah yang membantu menambah baik penglihatan ialah ‘fixation
training’. ‘Fixation Training’ ini merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menumpukan penglihatan
pada satu titik. Selain memperbaiki penglihatan, ia juga menambahbaik konsentrasi seseorang. Semakin
pemanah mampu fokus pada titik utama di pertengahan, semakin itu penglihatan seorang pemanah
akan bertambah baik.


Senaman paling baik untuk mata adalah dengan memberi tumpuan kepada dua titik pada jarak yang
berbeza. Ketika memanah, pemanah akan melihat sasaran terlebih dahulu. Selepas melihat sasaran,
pemanah akan melihat pada hala tuju hendak dipanahkan anak panah itu. Dengan ini, mata akan
bekerja dengan pantas dan meningkatkan kecekapannya. Biasanya, aktiviti seperti ini yang akan
disarankan oleh doktor untuk memperbaiki penglihatan. Aktiviti senaman mata ini tidak dapat dilakukan
dengan menonton televisyen serta menghadap komputer, di mana kedua aktiviti menghadap skrin ini
akan merosakkan mata anda.


Jelaslah bahawa aktiviti memanah ini mampu menguatkan mata anda dengan pelbagai latihan serta
teknik yang digunakan. Orang cakap, kebanyakan yang hebat memanah ni mata mereka ibarat helang
tajamnya!


Jadi oleh itu, jika anda sedang mencari satu sukan yang mampu menambahbaik penglihatan anda, ayuh
sertai sukan memanah! InsyaAllah banyak manfaat yang anda akan peroleh darinya.

kredit istimewa: Aidi Ezzhar Roslan 

Ikhlas,
– CikguThalhah –

==================
Salah satu cara untuk mendidik sahsiah anak-anak adalah melalui sukan.
===================
Akademi Memanah Thalhah merupakan salah satu akademi memanah yang objektifnya menerapkan nilai-nilai khalifah didalam diri pelajarnya. Sesuai untuk anak-anak berusia 4 tahun sehingga ke 17 tahun, Akademi Memanah Thalhah menyediakan platform pembelajaran luar sekolah yang bersifat pembentukan diri dan sahsiah.

6 cawangan studio memanah seluruh Malaysia:

1. Bandar Puteri Bangi, Selangor.
2. Alam Evenue, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor.
3. Kangar, Perlis
4. Mergong, Kedah
5. Sungai Petani, Kedah 

6. Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
7. Ampang, Kuala Lumpur
8. Ipoh, Perak.

Jom daftar untuk pengambilan segera!!

Jika mahu terus chat dengan Cikgu pun boleh, melalui Facebook Messenger. Klik sahaja LINK DIBAWAH SEGERA.
>>> 
chat dengan Cikgu Thalhah =)
>>> chat dengan Cikgu Thalhah =)

atau hubungi HOTLINE kami dibawah ini.
>> HOTLINE THALHAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
Scroll to Top