Anak-Anak Selalu Tantrum Di Rumah, Jika Kemahun Tidak Dituruti, Anak Akan Menangis dan Mengamuk.

Pernahkan anda semua menghadapi situasi seperti ini, anda berjalan di shopping mall, dan anda melalui kawasan permainan. Anak anda berminat dengan salah sebuah patung disana. Anda tidak mahu membelikan patung tersebut, mungkin kerana ianya tidak menjadi keperluan lagi bagi anak anda pada masa tersebut.

Tiba-tiba, anak anda meraung, menangis sekuat hatinya. Jika keadaannya lebih teruk, sehingga dia menghentak-hentak kakinya dilantai. Sekiranya and tidak menuruti kehendaknya, anak tidak akan berhenti berteriak dan menangis.

Ini dipanggil sebagai tantrum. 

Atau boleh jadi jika dirumah, anak anda mahukan telefon bimbit anda untuk menonton video, dan anda pula memang sedang mengunakan telefon untuk urusan anda, dan anak and menangis dan meraung habis-habisan. 

Ya! Memang memenatkan dan pening kepala ibubapa untuk melayan kerenah anak-anak.

Oleh sebab itu, di Akademi Memanah Thalhah, kami sudah sedia maklum berkenaan perkara ini. Salah satu nilai yang diajar oleh setiap jurulatih dan supervisor di kesemua Thalhah Archery Studio adalah nilai sabar.

Contoh masalah yang ibubapa hadapi sepanjang proses membesarkan anak-anak.

Anak-anak selalu “tantrum” dirumah, menangis dan meraung sekuat hati mereka apabila kemahuan mereka tak dituruti dengan segera. Sehingga mengganggu suasana di sekeliling. 

Thalhah membantu dari segi modul pembentukan sahsiah melalui sukan memanah itu sendiri. 

Solusi: 

Memanah membantu melatih anak-anak tingkatkan daya kesabaran. Mereka dilatih supaya boleh mengawal perasaan mereka dengan lebih baik. 

Dengan sukan memanah, mereka di studio akan dilatih untuk bertenang, sabar dan mengawal perasaan mereka. Ini dilatih semasa mereka membidik anak panah ke papan sasaran. Jika tanpa kesabaran dan ketenangan, agak mustahil untuk mereka membidik sasaran dengan tepat. Manakala, jika mereka telalu “eager”, gopoh atau kurang sabar, anak panah juga tidak akan tepat ke sasaran. 

Hal ini bukanlah boleh dicapai dalam masa sehari dua, tetapi memerlukan konsistensi yang berterusan. Latihan yang sistematik dan sokongan moral yang kuat daripada semua pihak. 

Bukan mudah untuk kita membentuk keperibadian seseorang kanak-kanak, ianya adalah pembelajaran berterusan. 

ikhlas,

-Cikgu Thalhah-

Berminat untuk mendaftar anak-anak anda di Thalhah Archery Studio? Kami mempunyai lebih dari 10 cawangan di seluruh Malaysia. 

  1. Bandar Puteri Bangi, Selangor
  2. Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
  3. Ampang, Selangor
  4. Ipoh, Perak
  5. Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  6. Sungai Petani, Kedah
  7. Mergong, Kedah
  8. Jitra, Kedah
  9. Kangar, perlis
  10. Tebrau, Johor

Berminat? 

Yuran Pendaftran: RM50
Yuran bulanan: RM60
Insuran AIA: RM25

Kelas: 2 kali dalam sebulan
Masa: 1 jam 30 minit

Hubungi kami ditalian: www.wasap.my/60183614573/NakDaftarAnakDiThalhah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
Scroll to Top