5 MITOS TENTANG SUKAN MEMANAH DI DUNIA.

1. SUKAN MEMANAH PERLUKAN ORANG YANG KUAT BAGAI PAHLAWAN!
Sebenarnya tidak. Memanah adalah lebih berkenaan teknik berbanding kekuatan. Sebagai permulaan,
pelatih akan memberikan anda anak panah yang ringan sebelum menggunakan anak panah yang lebih
berat bagi kelajuan yang maksimum. Denise Parker yang berusia 13 tahun ketika itu telah memenangi
pingat gangsa untuk USA pada acara Sukan Olimpik tahun 1988. Ini membuktikan bahawa kekuatan
bukanlah faktor utama dalam sukan memanah, kunci utamanya adalah teknik serta skill!

2. PEMANAH NI TERDEDAH DENGAN BAHAYA KAN?
Sukan memanah adalah antara sukan yang paling selamat di dunia. Menurut statistik, sukan memanah
adalah 3 kali jauh lagi selamat daripada golf dengan mencatatkan cuma satu kecederaan setiap daripada
2000 peserta. Setiap perkara yang kita lakukan ada risikonya. Yang penting segala langkah keselamatan
diambil dan tempat untuk melakukan aktiviti memanah ini adalah sesuai.

archer warrior

3. SAYA PUNYA PANDANGAN TIDAK BAGUS, JADI TAK BOLEH MEMANAH.
Tidak menjadi masalah sebenarnya. Anda boleh menggunakan cermin mata anda untuk melakukan
aktiviti memanah ini. Sama ada cermin mata biasa mahupun cermin mata sukan. Tahukah anda, orang
buta pun mampu untuk melakukan aktiviti memanah ini? Walaupun mereka tidak mampu melihat,
tetapi mereka menggunakan beberapa teknik lain untuk melakukan panahan. Tiada apa yang mustahil!

4. BARANG BARANG MEMANAH SEMUANYA MAHAL!
Setiap barangan ada yang mahal, ada yang murah. Semua pilihan di tangan anda! Setiap akademi akan
meminjamkan anda peralatan memanah bagi tujuan pembelajaran. Anda boleh membeli anak panah,
pemanah dan beberapa aksesori asas sebagai permulaan. Jangan risau, anda boleh gunakan peralatan
tersebut berulang ulang kali sehingga bertahun tahun. Nak tambah baik peralatan memanah anda?
Jangan risau, peralatan memanah itu boleh di tukar ganti atau bahasa mudahnya ‘custom made’. Anda
boleh menaik taraf apa yang anda kehendaki.

5. MEMANAH NI MEMBOSANKAN!
Bosan? Belum cuba belum tahu! Panah sekali, pasti nak lagi. Setiap daripada panahan itu akan
meningkatkan skill dan ketepatan anda. Ia perlukan masa untuk diperbaiki. Memanah juga memiliki
pelbagai jenis kejohanan. Setiap acara menjanjikan pengalaman serta cabaran berbeza.

Bagaimana? Menarikkan mitos-mitos tentang sukan memanah ini. Pastinya ianya sukan yang menyihatkan tubuh badan bukan sahaja luaran malah dalaman juga.

kredit istimewa: Aidi Ezzhar Roslan

Ikhlas,
– CikguThalhah –

==================
Salah satu cara untuk mendidik sahsiah anak-anak adalah melalui sukan.
===================
Akademi Memanah Thalhah merupakan salah satu akademi memanah yang objektifnya menerapkan nilai-nilai khalifah didalam diri pelajarnya. Sesuai untuk anak-anak berusia 4 tahun sehingga ke 17 tahun, Akademi Memanah Thalhah menyediakan platform pembelajaran luar sekolah yang bersifat pembentukan diri dan sahsiah.

6 cawangan studio memanah seluruh Malaysia:

1. Bandar Puteri Bangi, Selangor.
2. Alam Evenue, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor.
3. Kangar, Perlis
4. Mergong, Kedah
5. Sungai Petani, Kedah 

6. Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
7. Ampang, Kuala Lumpur
8. Ipoh, Perak.

Jom daftar untuk pengambilan segera!!

Jika mahu terus chat dengan Cikgu pun boleh, melalui Facebook Messenger. Klik sahaja LINK DIBAWAH SEGERA.
>>> 
chat dengan Cikgu Thalhah =)
>>> chat dengan Cikgu Thalhah =)

atau hubungi HOTLINE kami dibawah ini.
>> HOTLINE THALHAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
Scroll to Top